Monday 30 January 2012

Happy Birthday Adik !

ASSALAMUALAIKUM

Ha , happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to you adik .
So hari ni punya post hanya untuk menge-wish selamat hari lahir kepada adik saya yang baik hati . Cop-cop bukan adik betoi okay . Budak baik dia ni . Sopan santun je aku nengok nye . Mesti ramai yang nak dia jadi suri rumah #eh,haha.maaf.dia lelaki.lupa lak . Aku sebagai kakak walaupun bukan rasmi la kan nak ucap Happy Bithday yg ke-15 . Dah besar ye kau dik . Tahun ni PMR kan ? Belajar leklok . Akak nak ajar kau , akak sendiri tunggang terbalik tertonggeng semua . Ada hati nak ajar kau ken . Ajar sivik boleh la . Tapi ape ke jadah nye kan . Akak minta maaf okayy tak ada kek . Yang ada gamba kek je la . Pown boleh la kan .



Penat akak buat kek tu untuk kau dik . Warna-warni lagi tu . Tapi akak mampu tangkap gamba je bagi adik tengok . Haha . Pape pon jangan lupa akak na . Semoga panjang umur , murah rezeki , berjaya dalam segala apa yang adik usaha kan  dan menjadi anak yang soleh . Ha , main ragbi tu hati-hati . Karang ter-patah , ter-senget , ter-seliuh dan segala yang ter-ter susah nak exam . Awak tu bukan besar sangat lanyak orang lain . Btw , thanx sebab prihatin dekat akak kau yang tak berapa prihatin ni . Pape pon , Good Luck !
Sayang adik eh-eh tapi sayang abang ipan kau jugak ! Salam 1 Malaysia . Bye2 .

Thursday 26 January 2012

I Hate ? I Like ?

ASSALAMUALAIKUM

Okayy hari ni ada satu halilintar yang menyerang saraf otak aku . Sangat sakit hati plus tak ada mood plus benci plus meluat plus nak muntah hijau dan semakin banyak plus . Tadi ada kelas tambahan add maths . Aku tak buat apa pun . Just buat bodoh dan buat bodoh lagi . Sebagai budak sains yang tak rela , aku memang tak boleh belajar dalam keadaan tertekan , suasana yang panas , permandangan yang tak indah dan berbukit-bukau serta sawah padi yang terbentang luas #ergh! apekah ? . Aku benci add maths! ekau tak payah tanyo kek den lahai napo den tak suko . Bonci bona den donga soalan tuh . Aku memang tak minat kira-kira ni . Dari pra sekolah , pergi ke sekolah rendah dan seterusnya menjadi budak yang berkaliber di sekolah menengah . Okayy kau tak kesah ?  kesah apa aku . Di sebab kan otak aku lembab untuk menerima subjek ni , aku tersangat berdukacita . Sedih . Kadang-kadang aku menangis sambil tengok cerita senario sebab terpikir kan subjek pembunuh ni . Aku tak nak mati muda weh . Sesape yang boleh tolong aku , tolong lah #k.mati sekejap .

aku kalau emo mmg mcm ni . tapi tang mate berkilau tu tipu .

Aku benci betul kalau orang buat benda yang aku tak suka . Kau horang suka ke kalau orang buat benda yang kau horang tak suka ? #kau horang tu sila baca dengan nada tegas . Mesti tak en . Tadi seseorang telah mambuat aku mengalami alahan yang teruk terhadap add maths . Eh bodoh ke apa paksa-paksa aku buat benda yang aku tanak buat dan tak paham . Siyes aku marah . Siapa-siapa yang nak atau telah kenal aku mesti tahu benda-benda ni . Wajib . Tak kenal maka tak cinta bebeh !

I hate most when ;

1 . Orang paksa-paksa aku buat someting yang aku tak suka . Eh plizz !
2 . Orang marah-marah aku bila aku buat salah . Tegur leklok tak boleh ke ?
3 . Orang ambik/pinjam barang aku tanpa pengetahuan aku .
4 . Orang yang pentingkan diri sendiri .
5 . Orang yang busy body . 
6 . Terpaksa belajar dalam keadaan panas . I puteri lilin okay . Haha geli .
7 . Cikgu bagi kerja banyak dan aku tak paham pape . Last sekali aku terpaksa meniru . Sob , sob , sob .
8 . Orang pegang-pegang pakwe aku atau mengada-ngada dengan dia bagai . Aku ngengada tak pe . Ni untuk gegurl okayy . Lelaki ? terpulang .
9 . Orang yang tegur aku dalam nada nak memalukan . Apeke jadah nya kan . Kau ingat aku nak dengar ? memang tak lah . Talk to my soft hand .
10 . Orang kerek-kerek . Ingat lawa eh ? 
11 . Orang yang sakit kan hati girlfriends aku .
12 . Bajet bagus dan dengki . 
13 . Talam 88 muka . 
14 . Ada perempuan cakap jerit-jerit . Pekak telinga aku . 

I like when ;

15 . Orang mengumpat dan memfitnah aku . Pahala kau bagi aku . Thanx LOL .
16 . Orang ceramah aku bab agama . Insaf sikit .
17 . Orang puji titew . Muah ! hahaha . buduh .
18 . Orang follow blog titew . Gedik kan .
19 . Orang bagi duit . My eyes will rolling2 like rolling in the deep .

Tekanan hebat !

Tu je aku nak membebel hari ini . Maaf agak kasar bahasa dan budi . Kbye sayang .


Tuesday 24 January 2012

Jelly .

ASSALAMUALAIKUM

Buat apa tu ? Aku boring . Sorang-sorang dengan tak boleh tidurnya , sakit kepalanya dan macam-macam lagi lah . Aku ni walaupun nak SPM bagai , tetap tak boleh tinggalkan facebook dan blog buruk ni . Tak update pun aku nak tengok jugak . Kekadang rasa bodoh gak bila baca balik apa yang aku tulis . Tah hape-hape . Disebabkan aku tak penah tinggalkan facebook aku lama-lama , aku selalu la usha-usha profile kengkawan aku . But , tiap-tiap hari aku mesti tengok profile sorang budak ni . Dia bukan kawan aku or musuh aku . Bagi aku she's awesome girl . Comel . Cantik . Baik . Pandai . Kekadang tersuka pulak dekat dia . Tersuka okayy . Hahaha . Kayy tu bahaya . Tak lah , just kidding la . Aku ingat tuhan lagi . Aku ada la cakap dekat abang boypreng aku yang aku suka budak tu  . Then , dia marah aku pulak . Kesian aku kan , kan , kan #meraih simpati . As a normal human , i have one side that always keep remind me that she's the only beauty person in the world . Every times i saw her , i always say " yeah , i'm so jelly " . So sad cerita aku . Hehe . Btw , aku selalu ingat pesan sayang aku " Jadi diri sendiri , jangan tiru orang " . That's right kan . Tapi aku tetap cemburu jugak ! Tak kira . Haih . Dah la , dari aku cemburu tak tentu pasal baik aku tidur . kbye .

SPM , SPM , SPM , SPM , SPM , SPM . Okayy tido .

Monday 23 January 2012

Jom Tambah Follower .

ASSALAMUALAIKUM 

Selamat malam korang . Sesape yang tengah tidur tu have a sweet dreams okayy . Aku tak dapat tidur . Sebab tadi petang dah bantai membuta sebab hujan . Ni la makan dia . Okayy tadi aku godek-godek blog kak Ariena Hisham terjumpa something yang interesting . Iaitu Segmen : Jom Tambah Follower . Cam best je kan . Tapi aku rasa macam ketinggalan pulak #kisah apa aku kan . So , aku tergerak hati serta limpa nak join . 


comel kan .

Click that purple banner kalau nak join . Bye sayang .

7 Bulan Siott !

ASSALAMUALAIKUM

And yeah ! dah tiba saatnya hari yang cukup indah , cukup terharu , cukup tersentuh , cukup rasa dan segala-galanya cukup . Apa yang cukup ? suka hati aku la nak tulis apa kan . Bia aku je yang paham . Korang yang baca diam-diam sudah #K.tetiba nak mara . Sebagai seorang manusia yang ada hati dan perasaan , aku pun ada jugak orang sayang . Ceh blah la kau nis . Bagi penyepak 88 das rasa la . Haha . Jangan emo ye kengkawan . Hari ni 24/01/2012 . Setiap bulan , 24 haribulan lah tarikh yang aku selalu tunggu wokk . Cam best je tarikh tu kan ? memang best la . Bagi aku la . Tarikh tu la aku jumpa dengan seorang mamat shot yang baik hati . Act , dah lama dah jumpa tapi time tarikh tu baru terbukak hati nak terima dia . Aku kan pemalu . Hahaha #gelakkan diri sendiri . Macam-macam dugaan kot aku tempuh . Berenang dari lautan Hindi menyeberangi lautan Pasifik semata-mata untuk dia . Haha . Gebang habis aku ni . 

Mr Cupcake with his wife Mrs Cupcake

Dalam 7 bulan yang indah ni , aku banyak kot belajar macam-macam . Belajar bersopan-santun terutamanya . Tapi susah nak ubah kot perangai yang kasar macam babun tu . And yeah again , hari jumaat lepas dia ada bagi surat untuk 7 month anniversary yakni hari ni . Tak sabar nak bukak . Bulu ketiak menari-nari nak bukak surat tu . Mamat shot tu kata ada jin dalam surat tu . Mybe jin tu bulu ketiak aku menari-nari . Ceit! abai kan . 
Okayy nak kuar makan . Lapar perut aku nih . Btw , Selamat Ulang Tahun yang ke-7 bulan abang ! I always love you until i die . But i don't want die young . Haha . kbye2 . Muahhhh!!

# post awal sehari #

Sunday 22 January 2012

My Girlfriends .

ASSALAMUALAIKUM

Antik tak blog titew ? Hahaha . Sumpah geli aku cakap cam tu . Okayy aku nak cerita pasal kawan-kawan yang selalu ada dekat sisi aku time aku susah , senang , gembira , sedih , panas , sejuk , hitam , putih #eh,erk..Whatever lah kan . Aku sayang dorang macam family aku sendiri . Pape hal aku akan tolong dorang . Lagi-lagi bab sayang menyayangi (maksud aku cintan-cintun) ni . Ni lah girlfriends aku . Tadaa

1 . Wawa Ai



2 . Zyra Hamdan





3 . Nana Wasir




4 . Wawa Roslan




5 . Alis Misnan




6 . Eica Munawir




7 . Fara Muhammad



8 . Teha Naoki



Gambar tu semua bukan dorang ye . Jangan salah anggap pulak . Hehe . Aku sayang korang .




To all my girl , good luck for your SPM . 

Friday 20 January 2012

Sayang Awak Sayang .

ASSALAMUALAIKUM

Hai korang . Selamat petang . Sihat tak ? Aku sihat kowt . Kerja sekolah banyak wokk . Pening-pening lalat dah ni . Aku tulis entry hari ni sebenarnya saja nak cakap 'I LOVE YOU ABANG' . Rindu mamat shot tu pulak hari ni . Cuti CNY lama lak ni . Haih . Hari-hari aku nak gaduh dengan dia . Ergh ! kesian abang . Tak sabar nak tunggu hari Selasa ni atau bersamaan 24/01/2012 . 7 month anniversary weyh ! . Aku ada beli something untuk dia . Hee , tak sabar nak bagi . Lagi 1 dia ada bagi surat . Tapi hari Selasa nanti baru boleh buka . Alah , surat tu macam memanggil-manggil aku je . Siot . Nak buka sekarang kang dia kata aku tak jujur . Aku dah la memang budak paling jujur . Hum , 7 bulan aku dengan dia aku rasa bahagia sangat .Okayy ni lagu untuk awak abang ku sayang . Kbubye . Lots Of  Love , Just For You .

0330 -ukiss-

Thursday 19 January 2012

Apa jadi nih !

ASSALAMUALAIKUM

Please help me guys ! apa la jadi dekat blog ni . kbye .

Saturday 14 January 2012

Talam .

ASSALAMUALAIKUM

Bukan kuih talam ye anak-anak .

Apa itu talam ? bukan nama orang , bukan jenama baju abah aku dan bukan  nama binatang . Sebenarnya , this talam refer to Talam Dua Muka . Tengok kuih di atas ada warna hijau dan putih kan ? sebab tu dia panggil talam dua muka . Acc ni perumpamaan okayy . Cerita nya begini , Nur (bukan nama sebenar) ialah kawan baik aku . Comel rupa nya . Tapi perangai dia tak lah secomel rupa dia . Hampeh . Benci .

don't be like this .

Aku baru tahu perangai dia macam cow shit  . Aku pun banyak kali terkena bahana mulut dia . Kalau ada  acid , nak je aku tuang dalam mulut dia . Dia atau Nur ni ada sifat kedengkian yang teramat tinggi . She's the best acctress . Dia akan cakap apa je asal kan orang percaya dekat dia . Dia pun ada bakat melaga-laga kan orang jugak . Hipokrit lagi 1 . Pakwe aku pun tak suka dengan dia . Pantang je aku cakap dengan Nur ni mula la mata dia kerek aku . Aku tak pernah percaya kot semua cakap dia . 1 benda yang buat aku sedar dia tu tak layak jadi kawan aku bila dia buruk-buruk kan kawan aku yang lain untuk selamat kan diri dia sendiri . Tak percaya pergi tanya semua budak yang pernah jadi kawan dia . So , if ada kawan yang cenggini , hati-hati .. Beliau-beliau yang berperangai sebegitu akan merosak kan life korang . Silap-silap laki korang pun , dia rampas . Kalau dah terkena , nasi sudah jadi bubur .
#pesanan untuk kau Nur , tak payah berlakon depan aku . Aku bukan budak kecik okayy . Sekali kau buat aku , aku ingat sampai mati .

Berkerjasama bersama Datin Wawa Ai . Bye .

Sunday 1 January 2012

Tahun Baru , Azam Baru Dan Semua Baru Bebeh !

ASSALAMUALAIKUM



Hai ! how is your day today ? 1st January in 2012 . Yeah , i'm still alive . Dah ada azam ? bukan Azam anak Makcik Peah okayy . Azam untuk 2012 . Aku banyak kowt azam . Azam je boleh . Buatnya tah bila ken . Setiap tahun aku mesti berazam . Tapi tangguh-tangguh . Bila dah menyesal , tuh yang best . Rasa macam diri tak berguna kepada negara tercinta #anis buat ayat bdoh . Masa sekolah rendah azam nya mesti 5A's in UPSR , belajar rajin-rajin , masuk nasyid , dapat no 1 dan mesti naik kelas . Itu lah aku masa sekolah rendah dan aku yakin korang pun sama ken ? Boyfriend  ? i don't like yo . Dulu di sekolah rendah couple ialah 1 virus . Dulu lah . Sekarang no comment . But , bila dah naik sekolah menengah , segala azam telah berubah kepada mesti pakai tudung pendek nampak leher lagi bagus , panjang beg mesti sampai lutut kalau boleh , stoking pendek tapi tak nampak pun tak apa , mendada selagi boleh dan matlamat utama "mengorat" . Itu perempuan lah . Kalau lelaki , nak pakai seluar kecik , nak bergaduh-gaduh pasal awek . Baik lelaki , baik perempuan . Sama  saja . Tapi aku tak macam tu okayy . Aku asyik sibuk nak no 1 #lempang sebijik . Tapi 2012 umur dah 17 , otak dah matang , dah jadi senior kan mesti lah kena menjadi contoh kepada adik-adik #wah,kkak yg baik . 


in 2012  i'm the big sistar bebeh !

Okayy dah ngantok ni . Sambung next entry about Azam aku . Terima Kasih sebab sudi baca . Isi tak ada , yang banyak hanyalah hiburan semata-mata . Bye darl .