Saturday 31 December 2011

Hantu Comel Coming Soon .

ASSALAMUALAIKUM

Hai ! update lagi . Sangat bosan . Nak membebel tak dapat . Jadi , mulut diam tangan berjalan-jalan seperti biasa . Tadi teringat pulak time pergi port dickson hari tu . Tapi bukan tu aku nak cerita ni . Aku nak cerita pasal cerita hantu yang aku tengok dekat sana . Pergh ! comel kowt hantu tu . Sumpah . Senyuman dia menjadi igauan lelaki-lelaki idaman malaya . Bibir dia merah bak delima #pandai plak aku berkata-kata.haha . Cerita tu tajuk dia Coming Soon . Made in Thailand . kap kun kap , sawadikap , ikan siakap #ye,ye aku hebat .  Hero dia Chen , heroin dia Som . Tapi aku rasa hantu tu yang heroin . Sebab muka dia lagi comel #haha.aku perli je . Chen ni koje dekat panggung wayang . Dia ni jadi macam orang yang tukar-tukar tape cerita tu la . Tah tak reti aku nak cakap macam mana . Belakang tabir kiranya la . Tapi koje part time dia ni berkomplot dengan penjual vcd cetak rompak . Som plak bekas bini Chen . Dah cerai sebab tak sehaluan kowt #mybe nama penuh Som ni Kalsom.tak dpt d'knl psti . Dia pun koje dekat panggung wayang . Shomba ni hantu la . Koje dia tangkap orang , korek biji mata dan membuat senyuman manis . Lawa tu tak , tak lawa pun tak . Rambut rebonding and dia baru try lipstick Simply Siti . Baru gaji katanya .

watak utama
dari kiri : Shomba Cute , Chen  and Som a.k.a Kalsom

hasil koje part time si hantu comel 

Aku tengok cerita ni dalam pukul 2-3 pagi kowt . Dengan sepupu aku yang lain-lain . Dorang semua menjerit-jerit . Aku je tak #tipu lagi . Cerita memang terbaik dari cerita hantu Made in Malaysia . Boleh sakit usus la tengok cerita ni . Usus aku tercabut-cabut doh . Aku malas nak cerita banyak-banyak . Nanti Shomba the cutest datang rumah aku plak ken . Dah la dia suka duduk dalam almari . 

Shomba The Cutest

Bagi siapa-siapa yang minat horror movie , boleh la cari cerita ni . Download kot ? Entah , aku tak tahu . Aku tahu tengok jer . Okayy lah aku nak makan . Jap-jap , seram tak aku cerita ? Seram ken . Hehe . 


"kau tengok ape ha! aku tawu aku comel dengan lens baru dan simply siti"
Bye ! aku takod tapi cool .





Saya Suka Benda Cantik !

ASSALAMUALAIKUM

Hai korang ! sekarang dah pukul 2.22 am . Dah pagi weii . Tak boleh nak tidur . So , macam biasa aku usha la background yang lawa-lawa . Aku pantang la tengok la benda alah ni . Nampak je nak tukar , nak tukar je nampak . Tapi balik-balik pink . Seram siot . Haha . Kalau boring , korang boleh la melawat-lawat di sini eh

hotbliggityblog.com
smittenblogdesignsgallery.blogspot.com
shabbyblogs.com
templatesbytenille.blogspot.com
thecutestblogontheblock.com

Kalau tak lawa jangan marah aku . Aku insan yang lemah . Haha , merepek . Okayy dah nak sekolah ni . Takut , takut dan takut . Malam-malam selalu dapat mimpi ngeri pasal sekolah . Okayy nak tidur . Mimpi lagi . Bye-bye . Semoga korang pun mimpi macam aku .

kalau korang xbce doa nak tido,nnti badot ni cekik.#trust me


Thursday 29 December 2011

You Make Me Strong .

ASSALAMUALAIKUM

cantik plak mata aku
Hari ni serba tak kena . Dari pagi sampai malam . Hati ni sakit je memanjang . Tapi jangan tanya sebabnya kenapa sebab aku pun tak tahu . Bila aku dah sakit hati , yang jadi mangsa siapa ? mesti lah dia . Siapa dia ? mesti la abang boypreng atau nama saintifik dia Irfan . He's the best , the most cutest, the most handsome , the most beautiful and semua yang the most lah senang cerita . Kalau hari ni dah masuk 6 bulan 6 hari we have been together . Sepanjang 6 bulan ni , pergh ! macam-macam siot dugaan . Tapi selalunya lah kan aku yang cari pasal #maaf abang . But , dia memang penyabar . Lagi 1 yang special nya dia ni , dia romentik #jangan marah.hehe . Aku percaya la kan semua wanita , gegurl or perempuan nak yang romentik-romentik , sweet-sweet , manja-manja or bla , bla ,bla ken . Ngaku je . Aku pun suka lol . Irfan (nama saintifik) ni ken dia punya tahap romentik dy ni aku bagi 96% lah . Penah tak hubby korang cakap macam ni "ayang,abang perlukan ayang.ayang jangan pergi dari abang ye?tak ada benda yang dapat buat abang sakit selagi abang tahu ayang sayang abang.abang perlukan ayang." Penah tak ? aku penah hehe . Cukap tak romentik nya . Tak cukup ? Haih tak le lebih-lebih la ye . Tadi kan , kan , kan aku marah dia . Hm , sedih #hee.gedik . Sebab aku nak jumpa dia tapi tak dapat . Ergh ! Geram ! pastu kucing dia hilang plak . Siot je . Baru nak manja-manja dah sibok plak nak cari kucing . Bengkek kowt . Tapi "kami" dah baik . Muahaha . Aku majok kojap yo . Buat Irfan "When i saw you , i was scared to talk to you . When i first talked to you , i scared to kiss you . When i first kissed you , i was scared to love you . Now that i love you , i'm scared to lose you." 
Just for you .

"men down"


Wednesday 28 December 2011

Penat !

ASSALAMUALAIKUM



Hai awak,awak,awak dan awak . Hai jugak dekat abang jambu dan kakak otai di sana . Oh yeah ! I'm tired ! Ni semua sebab buat blog untuk abang boypreng . Dia pun nak jugak weii . Dia jealous sebab aku ada blog . Sakai kan . Dia punya blog aku yang kena buat . Bila buat buruk-buruk dia tak nak pulak . Haih sabar je la . Rasa-rasa nya dari tengah hari kowt buat benda alah tu . Itu tak kena , ini tak kena . Hilang sabar dibuatnya . Kalau tak sayang , tak ada makna aku nak buat heh . Banyak kali jugak dia kena marah sebab tak buat apa aku suruh . Tapi , marah-marah sangat pun dia gelak je . Blog tu dah siap . Aku pun tumpang gembira la bila dia gembira #walaupun sume tu aku yang buat.hehe . Dia dah post pun . Nanti ada masa korang pergi la jenguk-jenguk ye . Dah jenguk , follow jugak . Aku akan pasti kan dia follow korang balik . Dia tak follow , smile kick aku bagi . So , sekarang aku nak rehat . Dah macam lari 600km dah ni peluh nya #aku tipu okay.maaf2 . Selamat Membaca , jangan lupa makan nanti sakit perut . bye sayang !

sayang awak ! cubit cikit . hehe

Pesanan buat Mr.Heroes : abg ku syg , ayg dah buat blog abg tu . ha ! jgn lupa follow blog ayg .
           tak follow ayg pdam blog tu blik ye . hehe
#muah!



Monday 26 December 2011

Maaf , Tah Hape-Hape .

ASSALAMUALAIKUM


"just in love with you"


"hatimu milikku"


"patah seribu"


"someone like you"


"if i die young"


"wish you were here"


"ballad of monalisa"


Tak ada apa gua nak tulis . Gua penat sebab baru balik port dickson . Muka gua dah gelap . Jerawat yang comel sedang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di pinggir kota menyemarakkan lagi kegeraman gua . Eh? errgh . Have Fun ! 


Sunday 18 December 2011

Carta Hati .

ASSALAMUALAIKUM


Awk no1 di carta hati saya .


Wednesday 7 December 2011

Aku Marah .

ASSALAMUALAIKUM

AWK COMEL LAH .

Dah jawab salam belum ? Kalau dah , bagus Alhamdulillah . Eh kau orang minat  k-pop ? aku minat sikit-sikit je macam besar-besar semut tu je lah . But adik aku gila k-pop ni . Apa yang seronok nya entah lah . Jangan tanyo den yo . Setiap orang ada minat masing-masing kan . Tapi , ada seorang minah ni dia punya lah anti k-pop sangat . Sampai menyebabkan 2-3 puluh orang marah . Cik kak ni agak nya terencat kot . Kalau awak tu haters k-pop pun jangan kutuk-kutuk tak tentu pasal lah . Tak suka buat cara tak suka duduk diam-diam simpan dalam hati . Daripada kau mengutuk tu kan , baik kau pergi mengaji khatam kan Al-quran tu . And i think tak ada sape pun suka dekat budak perasan macam kau . Tahu la lawa , comels #eh,comel kew kau ?ops,sorry . Tapi tak perlu kowt letak ayat macam ni "Don't hate me  cause i'm beautiful than you okay" or  "i'm beautiful right? yeah i know" . Eii , geli lah doh . Siti Nuhaliza pun tak letak ayat confirm comels macam kau . Mencapap lah wei grr = =' . Even aku tak minat , aku hormat orang yang minat . See ? bila kau cakap macam-macam orang benci dengan kau and kau buat dosa dengan dorang . Bukan senang nak minta maaf sesama manusia ni . Lagi-lagi yang perasan hot macam kau cik kak . Kalau kau terbaca entry aku ni dan kau terasa ampun kan aku eh . Muah ! Daa~

December .

ASSALAMUALAIKUM

Okayy . Dah lama tak update blog ni . Sebenarnya blog ni dah hancur . Shoutbox hilang , gambar hilang , semua nya lah nak hilang . Hish . Marah ni . Tapi sedaya upaya aku betulkan apa yang patut lah kan . Aku rindu dikau blog buruk . See what happen bila aku pandai-pandai tukar itu ini . Padan muka aku .

eh awk,mate sy biru sy pkai lens baru .

So , dah masuk bulan disember ni kan apa matlamat kau orang ? lagi-lagi yang nak SPM tahun depan . Cepat jawab ! Kalau aku , aku nak belajar rajin-rajin . Aku nak tebus kesilapan tahun ni . Banyak sangat buat hal . Huh . Aku akan cuba kurangkan buka facebook tu . Kalau bolehlah . Tapi rasa-rasa nya boleh kot sebab abang boypreng aku tu ugut-ugut nak padam facebook aku kalau aku online dengan tegar #sedih.
Kejamkan dia #jgn marah abg . Lagi satu matlamat aku adalah untuk menjadi lebih sopan dan lemah terlembut sikit dan nak penuh kan solat yang lubang-lubang tu . Okayy aku memang baik hee . Ha , berbalik kepada blog aku yang hancur tadi , shoutbox aku kan dah hilang . Jalan-jalan dengan pencil box kot sampai tak reti nak balik ke pangkal jalan . Ah kisah apa aku . Aku dah jumpa pengganti kau shoutbox . Nama dia cbox . Haha . Kau orang kalau nak comment apa-apa sila lah ke cbox tersebut . Okay sampai sini saja aku menggatal tak tentu pasal . Bye semua .