Wednesday 28 March 2012

Pearl In The Sea

ASSALAMUALAIKUM

Hai beauty , hai handsome , hai comel , hai gebu ! Erk , wattepak la kan gebu amenda tu lolololzz . Abaikan . See the tittle ? Pearl In The Sea kan , kan ? Rasa nak kencing berdarah tak tengok tajuk tu ? *sigh* . So , today is 24 March 2012 . That's my anniversary with my omey yang ke 9 bulan . Memandangkan gua tak la omey macam my omey *tipu jeh* , gua decide nak wish ala-ala otai rockers yang pakai seluar ketat , sendat lagi mampat . okayy tak ? *tak paham , abaikan* . Semenjak dua menjak tiga menjak ni pun adoi , gua sangat ganas dan panas . Mybe sebab environment meng-annoying aku di dalam kelas . *sigh again* .

Titew rockers kat umah titew . lololzz .

Setiap hujung bulan sebelum ayah gua dapat gaji , sebenarnya maksud aku tu 24 haribulan la sebab 25 haribulan ayah gua dapat gaji *segonok* , gua akan dapat wish-wish yang meng-gembira-kan dari encik omey kerana beliau tidak pernah lupa untuk meng-nge-wish setiap kali anniversary yang disambut sederhana-hana sahaja . Apakah ? haha . Beliau apabila meng-nge-wish sangat sweet okay . Gua biasa-biasa jer . *ahaks ! malu* .

Titew malu arh awk *gedik again,sorry*

Dear Abang
i wanna say something to you but i shy . Many shy lah abang . You're so sweet but i think candy-candy is more sweet . Sorry . But , that's why lah i love you many-many . Today , 9 month we're together-gether kan i want to share about 5 WHY I LOVE YOU . First , for me you are handsome like Sahrukhan and Amithebelacan . I'm so proud of you . Second , you are romentic person like Beradpit and AarunAziz Third , you are cheerfulness and a little bit ting-tong also like Me . Fourth , you are the responsible man like My Father . You take care for me from A to Z . I like when you wipe my tears , nagging to me when i don't want to eat  and make the teacher angry . Lololozz . Fifth , you are the first man in my life who was crying because of me like Spongebob missing his snail , Gary . Lu hanya ada satu dalam sejuta yang susah gua jumpa . Like Pearl In The Sea . The End .



# I  L O V E Y O U S O M U C H #


#sorry ah , english gua mengada sikit . bubye#

Saturday 17 March 2012

Ya Allah

ASSALAMUALAIKUM

Sekadar berkongsi . Malam-malam ni mood jiwang sikit kan .



  • Ya Allah…
  • Seandainya telah Engkau catatkan…
  • Dia milikku tercipta buatku…
  • Satukanlah hatinya dengan hatiku…
  • Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
  • Agar kemesraan itu abadi…
  • Ya Allah…
  • Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
  • Seringkanlah kami melayari hidup ini…
  • Ketepian yang sejahtera dan abadi…
  • Maka jodohkanlah kami…
  • Tetapi Ya Allah…
  • Seandainya telah Engkau takdirkan
  • Dia bukan milikku…
  • Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
  • Luputkanlah dia dari ingatanku…
  • Dan periharalah aku dari kekecewaan…
  • Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
  • Berikanlah aku kekuatan…
  • Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
  • Hilang bersama senja yang merah…
  • Agarku sentiasa tenang…
  • Walaupun tanpa bersama dengannya…
  • Ya Allah yang tercinta…
  • Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
  • Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
  • Adalah yang terbaik untukku…
  • Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
  • Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
  • Ya Allah…
  • Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
  • Di dunia dan akhirat…
  • Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
  • Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
  • Di dunia ini mahupun di akhirat…
  • Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
  • Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
  • Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
  • Ke jalan yang Engkau redhai…
  • Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
  • Ya Allah…
  • Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
  • Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
  • Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Don't !

ASSALAMUALAIKUM



1. Bercinta kerana simpati dan kasihan
Kamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang padanya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.


2. Melirik kepada jejaka/gadis lain 
Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka/gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya pula di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.

3. Bersikap hipokrit 
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan si dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan dia tersinggung dengan kritikan kamu.

4. Sanggup menyerah kalah
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persaingan mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan hubungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.

5. Terima semua kesalahan
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan kamu berdua.

6. Harus sentiasa bersama
Orang bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain menganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua sahaja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.

7. Rapat dengan sahabat karib si dia
Kamu sememangnya perlu bergaul dengan orang-orang yang rapat dengan si dia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temannya, kamu tidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.

8. Berpura-pura tidak cemburu
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka/gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka/gadis lain kamu perlu tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka kamu sedangkan kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.

9. Terlalu menerima sikap si dia
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat si dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan insiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.

10. Biarkan si dia sahaja membayar
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.


Kematian

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni aku nak kongsi pasal tanda-tanda kematian . Aku teringat pulak tentang seseorang bila baca tanda-tanda ni . Aku harap orang tu tak tinggalkan aku .


  • 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

  • 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

  • 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

  • 7 hari : Mengidam makanan.

  • 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

  • 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

  • 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

  • 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

  • Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). 

#wallahua'lam#

Wanita Itu

ASSALAMUALAIKUM



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Kau dan Aku

ASSALAMUALAIKUM

Dengar taw sayang . Hehe .

Terima kasih sebab tak pernah lupa pimpin tangan aku mana aku pergi ,
Terima kasih sebab tak pernah marah aku walau aku selalu sakitkan hati kau ,
Terima kasih sebab tak pernah lupa ingatkan aku benda penting yang selalu aku lupa ,
Terima kasih sebab tak pernah penat lap air mata aku masa aku sedih ,
Terima kasih sebab tak pernah penat dengar cerita aku sebab aku memang kuat mengadu ,
Terima kasih sebab tak pernah muak nasihatkan aku , 
Terima kasih sebab tak pernah penat jaga aku ,
Terima kasih sebab sabar layan kerenah aku ,
Terima kasih sebab sudi jadi milik aku .

Aww . Romentik . Nak jugak macam ni =D .

Monday 12 March 2012

New Look .

ASSALAMUALAIKUM

Hai adik manis ! muehehe . Dah lama tak update ni . Tak tahu deh mau ngomong apa . Seperti biasa bila ada masa lapang aku akan godek-godek blog aku ni . Tekan sana , sini , situ . Lawa tak blog itew ? haha . Aku buat sendiri taw tapi dibantu oleh tutorial yang sangat berguna oleh Amalina . 3 hari 3 malam tak tidur . Penat sampai terseliuh tangan . Aku teruja gila nak update sebab blog aku dah lawa weii . Kau ado ? jangan marah . Ok lah aku nak sambung letak Nuffnang pulak . Gudnite . Kalau rajin follow taw . Bye .