Saturday 23 June 2012

Setahun sudah

ASSALAMUALAIKUM

Wah, lama dah Mak Temah tak update blog ni. Adoyai. Mak Temah takod nak eshepiem nih. Tahun nak eshepiem ni dah banyak benda jadi. Masalah bertimbun-timbun. Tapi Mak Temah cool ja beb. Sebab Mak Temah comel. Lololol. Hari ni Mak Temah sambut Anniversary yang ke 12bulan. So, maksudnya setahun la dengan pakcik engkoo, Pak Itam. Ecewah. #bodoh tol pendahuluan. Dah, malas aku nak merepek.

-------------------------------------------------------------------------------

Hari ni 24/06/2011. Setahun aku dengan dia. Eceh. Orang kawin enampuluhenamtahun pun tak update blog. Ahh. Lantak gua ahh beb. Tadi dia call i uolls. Tapi i buat tak tahu je apa dia cakap. Bukan main lagi dia wish. Sodih den dongar. Nak monangih pun ado. Tapi den cool yo. Bukan apo karang banjir umah. Macam biasa hari ni pun biasa-biasa je. Baca buku bagai nak rak. Boleh pecah gegendang telinga tengok buku. Tapi apa-apa pun hari ni tarikh penting dalam hidup aku. Best kowt boleh bertahan dengan masalah-masalah yang suka datang semak an hidup aku. Ramai pulak yang dengki an. Aku tahu hidup aku ni besssttt sangat sampai kau dengki an perempuan?! Tapi aku tak kisah sebab selagi ada orang dengki selagi tu aku tahu "i have a great life". Kepada orang-orang yang aku sayang terima kasih sebab menceriakan hidup aku. Dari kecik sampai dah tujuhbelastahun ni. Kepada para pendengki pun terima kasih sebab kau aku jadi lagi matang, lagi kuat dan bersemangat. Buat c**** thanx so much jugak sebab menyibuk. Hot jugak aku ni an, an, an. Mata ke atas, hidung kembangkan, tangan di dada. Puihh!.

---------------------------------------------------------------------------------

Woo ai ni, i lop you, aku cintak padamu lalalala. Okay bosan. So, di kesemptan ini saya Anis Syafiqah bt Zulkepli #macam nak umumkan tarikh hari raya kan? hihi nak ucapkan Selamat Ulangtahun yang ke-12 bulan. Kiteww malu nak cakap senanya ni. wkwkwkwk. Saya sayang awak sangat-sangat duapulohkalisehari, duapulohempatjamseminit taw! Sorry taw sayang sebab selalu cakap kasar-kasar, selalu marah-marah, selalu sakitkan hati dan sebab selalu buat tak tahu jew dekat awak. Saya saja je. Suka sakitkan hati orang. Hobi lah kata kan. hihi. Terima kasih sebab selalu cakap kita comel pakai kasut lekat-lekat. hihi lagi. Muhammad Irfan pun comel jugak. Tapi Anis Syafiqah comel limakali dari Muhammad Irfan. #muntah 3 baldi. hihi lagi, lagi. Muah! 

DahSetahunDahSetahunDahSetahunDahSetahun. Kau adoo? papai~

Wednesday 6 June 2012

Selamat Malam

ASSALAMUALAIKUM

Rindu . Tiada kata-kata yang lebih indah yang bisa aku ungkapkan ketika ini . Semuanya terjadi sekelip mata . Ya , tanpa sebab yang kukuh aku terpisah dengannya . Kejam . Aku tidak akan memaafkan mereka . Mereka yang merampas segala kebahagiaan aku yang selama ini aku kecapi . Aku benci mereka . Benci yang teramat sangat ! . Tapi sebagai manusia biasa aku hanya mampu membenci dan perkara itu semakin menyakitkan hati aku sendiri . Dia ? dia sentiasa di sisi ku , sentiasa menemaniku walau dari jauh , walau pelbagai kata amarah yang aku lemparkan kepadanya . Sungguh aku tak duga kesabarannya begitu tinggi melayan aku yang kadang kala tidak berfikir mengeluarkan kata-kata . Aku yakin siapa yang mendengar segala kata-kata ku pasti membalas dengan cemuhan . Tetapi bukan dia . Insan yang istimewa di hati ku ini tidak pernah memarahi , tidak pernah meninggi suara dan tidak pernah menghukum aku dengan segala kesalahan yang aku lakukan . Ya , aku pasti selama 11 bulan 1 minggu 6 hari yang aku harungi dengannya dia menjaga aku dengan cukup sempurna , cukup teliti tanpa cacat cela . Tiada apa yang aku mampu katakan selain aku sayang dia . Hanya tuhan yang tahu . Selamat Malam sayang :')


Monday 21 May 2012

Cinta Itu

ASSALAMUALAIKUM

" Cinta itu datang sendiri , ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya . Setiap kali aku pandang wajahnya , aku tahu itulah wajah kesayanganku . Aku cuma mencari kasih sayang di situ , mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia "



lots of love just for you -MIBH-

Saturday 19 May 2012

Dengar lah

ASSALAMUALAIKUM







lots of love just for you -MIBH-

Hanya Untuk Mu

ASSALAMUALAIKUM

Syukur ! Aku masih mampu tersenyum girang bersama dia yang setia berada di sisi . Dia menjadi sumber inspirasi dan pendorong motivasi aku supaya menjadi lebih kuat mengharungi hari-hari yang tak terduga . Kini aku punya alasan tersendiri untuk terus hidup dan bernafas penuh kegembiraan . Aku masih ingat lagi sewaktu kali pertama kami berkenalan . Masih kekal mekar kenangan tersebut . Bila dikenang kembali aku jadi malu sendiri dalam senyum kecil . Namun , detik itulah yang membuka ruang antara aku dan dia saling berkenal mesra hingga saat kata terindah dilafazkan cukup bahagia . Aku insan bertuah kerana dikurniakan teman istimewa yang menerima dan memahami aku seadanya . Aku berharap detik-detik bahagia ini akan terus berkekalan dengan ikatan yang lebih meyakinkan . Aku berjanji akan terus kekal di sini melihat bunga-bunga subur kembang mekar berwarna pelangi sebagai tanda kasih kita . Terima kasih untuk segalanya !


lots of love just for you -MIBH-

Wednesday 18 April 2012

Bosan

ASSALAMUALAIKUM

Hai pembaca belong comel biru pink saya . Hari ni kan , kan , kan saya tak jadi exam !! Yeah !! Gembiranya hati ku bebeh . Walaupun saya mengharapkan exam eshepiem yang tak jadi , tapi harapan tinggal harapan sebab sampai saya kawin pun ia enggak bisa terjadi dong . Sangat sedih . Tadikan saya singgah dekat 2-3 buah belog yang besh-shangat . Hahah . Boleh dijadikan inspirasi untuk belajar dan meneruskan kehidupan yang penuh ongbak rindu dan ongbak duri . Nak tawu tak , tadikan kita pergi Kota Kemuning dengan Bukit Rimau . Best tak cerita kita ? Haha . Okay gurau je . Saya dah pandai bawa motor tu yang merayau tadi . Saya merempit aww . Comel je rasa tadi bawa motor laju-laju , buat peace sambil lipat tudung . Wahaha . Saya cilok-cilok , potong-potong kereta hee . Tiba-Tiba 

----------------------------------------------

Saya tekan brek tapi tak makan . Maigodd !! Panic !! . Dah la depan tu ada lori besar punya . Takod , takod  , takod . Tapi apa boleh buat kan , saya jumpa brek tu then jerit kuat-kuat macam orang gila "Yeah ! I got it" . Dan saya terselamat . Hehe . Tu je saya nak cerita . Bosankan . Macam buduh je , tak pe . Tayah baca . Pergi tidow lagi bagus . #dalam hati nanges nih tade orang nak baca# . Kbye sayang . Kecewa . Hee .

"eshepiem sangat sheram shampai rambut shaye jadi merah"

Monday 16 April 2012

Perubahan Ke Arah Kebaikan

ASSALAMUALAIKUM

Yeay ! hari ni hari Isnin . Sekolah , sekolah , sekolah . Tak best . Nak balik kampung bercucuk tanam . Lolz . Hari ni konon-konon aku nak stay sekolah ulangkaji dengan Wawa Ai dan tersayang #sigh# , Afiqah and Abang Somel kita . Tapi , cikgu pulok suruh tolong tanda buku chemistry sebab ecok ada pelawat dari jabatan pelajaran nak datang sekolah kita orang . Ha , amik kau Anis menggelabahkan . Kerja tak lengkap bagai . Aku sebagai pelajar yang somel dan berdedikasi #ada unsur penambahan yang melampau d'situ#  pergilah walaupun terpaksa dengan muka mengantuk dan loya . Maafkan saya cikgu . Hihi . Tanda punya tanda sampai aku rasa mabuk tengok buku tu . Aku hantar je . Lantak situ . Tu bukan motif asal sebenarnya aku update hari ni . Haha . Tertipu korang . Lololozz . Gurau okay . Gurau . 

saya nak 9A's dalam SPM . Hee

----------------------------------------------------------------------

Aku sebenarnya sedang berusaha berubah ke arah kebaikan . Dari segala arah . Nak jauhkan perkara-perkara negatif dari dalam hati aku ni . Hope akan berjaya lah . Pray for me kayy . Aku dah mula sedar untuk belajar , untuk menghargai orang-orang yang aku sayangi dan menyayangi aku . Of course la family aku , buah hati aku dan kawan-kawan aku . 

Ya Allah Ya Tuhanku, Ya Allah Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendaki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, ku mohon kepadamu Ya Allah sesiapa pun yang membaca blog ini engkau rahmatilah mereka, berilah hidayah kepada mereka, bukalah hati mereka, pimpinlah mereka ke jalan yang benar kearah jalan yang diredhai oleh mu. Amin Ya Allah.  

Sekian .

Saturday 14 April 2012

Number One For Me

ASSALAMUALAIKUM 

Aku dedikasikan lagu ni untuk ibu aku yang tersayang + tercinta = I LOVE YOU ! .
Lagu ni dinyanyikan oleh Bang Maher a.k.a Maher Zain ye adik-adik . Suka sangat lagu ni . 


Lagu ni pun aku dedikasikan untuk mereka-mereka yang aku sayang . Yang pertamanya mesti lah ibu aku , Maisarah bt Hj Harun dan ayah aku , Zulkepli. b Md Salleh  yang banyak berkorban untuk aku dari kecil sampai besar . Kaklong akan balas jasa ibu dengan ayah nanti . Promise ! . Yang keduanya untuk adik-adik aku Anis Hazwani dan Muhammad Irsyad yang baik-baik belaka . Ahaks ! Belajar rajin-rajin ye . Banggakan ibu dengan ayah yang dah susah payah jaga kita semua . Yang ketiganya mestilah ehem-ehem  aku . Muhammad Irfan b Badrul Hisyam . Sayang dia ! . Last sekali , kawan-kawan baik aku . Tanpa korang semua tak tentu arah juga lah hidup aku . Tempat mengadu aku semua dekat korang . Semoga tuhan panjangkan umur orang-orang yang aku sayang ni . Amin .

'with my lovely mother'

'with my sister and brother'

'with my somel abang'

'with my classmates'

Doa panjang umur :
Allahumma tawwil 'umurana fi ta'atika wa ta'ati rasulika waj'alna min 'ibadikas salihina.
Ertinya: "Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam mentaati-Mu, dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang saleh."



Sunday 8 April 2012

So Sweet

ASSALAMUALAIKUM


Kasih,..
Saat jarimu menggenggam erat tanganku,..
Saat air matamu membasahi pipimu,..
Saat bibirmu menyentuh dahiku,..
Ku sudah tahu bahawa dikau miliku selamanya,..

Kasih,..
Kehangatan tanganmu,..
Kebasahan jariku mengesat air mata kasihmu,..
Kucupan kasihmu yang kekal hingga kini,..
Kini saat luka dulu sudah pun berlalu,..
Yang tinggal hanyalah ketenangan bersamamu,.
Ku sudah tahu bahagia sudah pun tiba bersama pelukanmu,..


Wednesday 28 March 2012

Pearl In The Sea

ASSALAMUALAIKUM

Hai beauty , hai handsome , hai comel , hai gebu ! Erk , wattepak la kan gebu amenda tu lolololzz . Abaikan . See the tittle ? Pearl In The Sea kan , kan ? Rasa nak kencing berdarah tak tengok tajuk tu ? *sigh* . So , today is 24 March 2012 . That's my anniversary with my omey yang ke 9 bulan . Memandangkan gua tak la omey macam my omey *tipu jeh* , gua decide nak wish ala-ala otai rockers yang pakai seluar ketat , sendat lagi mampat . okayy tak ? *tak paham , abaikan* . Semenjak dua menjak tiga menjak ni pun adoi , gua sangat ganas dan panas . Mybe sebab environment meng-annoying aku di dalam kelas . *sigh again* .

Titew rockers kat umah titew . lololzz .

Setiap hujung bulan sebelum ayah gua dapat gaji , sebenarnya maksud aku tu 24 haribulan la sebab 25 haribulan ayah gua dapat gaji *segonok* , gua akan dapat wish-wish yang meng-gembira-kan dari encik omey kerana beliau tidak pernah lupa untuk meng-nge-wish setiap kali anniversary yang disambut sederhana-hana sahaja . Apakah ? haha . Beliau apabila meng-nge-wish sangat sweet okay . Gua biasa-biasa jer . *ahaks ! malu* .

Titew malu arh awk *gedik again,sorry*

Dear Abang
i wanna say something to you but i shy . Many shy lah abang . You're so sweet but i think candy-candy is more sweet . Sorry . But , that's why lah i love you many-many . Today , 9 month we're together-gether kan i want to share about 5 WHY I LOVE YOU . First , for me you are handsome like Sahrukhan and Amithebelacan . I'm so proud of you . Second , you are romentic person like Beradpit and AarunAziz Third , you are cheerfulness and a little bit ting-tong also like Me . Fourth , you are the responsible man like My Father . You take care for me from A to Z . I like when you wipe my tears , nagging to me when i don't want to eat  and make the teacher angry . Lololozz . Fifth , you are the first man in my life who was crying because of me like Spongebob missing his snail , Gary . Lu hanya ada satu dalam sejuta yang susah gua jumpa . Like Pearl In The Sea . The End .



# I  L O V E Y O U S O M U C H #


#sorry ah , english gua mengada sikit . bubye#

Saturday 17 March 2012

Ya Allah

ASSALAMUALAIKUM

Sekadar berkongsi . Malam-malam ni mood jiwang sikit kan .



  • Ya Allah…
  • Seandainya telah Engkau catatkan…
  • Dia milikku tercipta buatku…
  • Satukanlah hatinya dengan hatiku…
  • Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
  • Agar kemesraan itu abadi…
  • Ya Allah…
  • Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
  • Seringkanlah kami melayari hidup ini…
  • Ketepian yang sejahtera dan abadi…
  • Maka jodohkanlah kami…
  • Tetapi Ya Allah…
  • Seandainya telah Engkau takdirkan
  • Dia bukan milikku…
  • Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
  • Luputkanlah dia dari ingatanku…
  • Dan periharalah aku dari kekecewaan…
  • Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
  • Berikanlah aku kekuatan…
  • Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
  • Hilang bersama senja yang merah…
  • Agarku sentiasa tenang…
  • Walaupun tanpa bersama dengannya…
  • Ya Allah yang tercinta…
  • Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
  • Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
  • Adalah yang terbaik untukku…
  • Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
  • Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
  • Ya Allah…
  • Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
  • Di dunia dan akhirat…
  • Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
  • Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
  • Di dunia ini mahupun di akhirat…
  • Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
  • Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
  • Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
  • Ke jalan yang Engkau redhai…
  • Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
  • Ya Allah…
  • Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
  • Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
  • Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Don't !

ASSALAMUALAIKUM



1. Bercinta kerana simpati dan kasihan
Kamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang padanya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.


2. Melirik kepada jejaka/gadis lain 
Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka/gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya pula di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.

3. Bersikap hipokrit 
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan si dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan dia tersinggung dengan kritikan kamu.

4. Sanggup menyerah kalah
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persaingan mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan hubungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.

5. Terima semua kesalahan
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan kamu berdua.

6. Harus sentiasa bersama
Orang bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain menganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua sahaja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.

7. Rapat dengan sahabat karib si dia
Kamu sememangnya perlu bergaul dengan orang-orang yang rapat dengan si dia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temannya, kamu tidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.

8. Berpura-pura tidak cemburu
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka/gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka/gadis lain kamu perlu tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka kamu sedangkan kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.

9. Terlalu menerima sikap si dia
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat si dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan insiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.

10. Biarkan si dia sahaja membayar
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.


Kematian

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni aku nak kongsi pasal tanda-tanda kematian . Aku teringat pulak tentang seseorang bila baca tanda-tanda ni . Aku harap orang tu tak tinggalkan aku .


  • 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

  • 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

  • 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

  • 7 hari : Mengidam makanan.

  • 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

  • 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

  • 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

  • 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

  • Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). 

#wallahua'lam#

Wanita Itu

ASSALAMUALAIKUM



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Kau dan Aku

ASSALAMUALAIKUM

Dengar taw sayang . Hehe .

Terima kasih sebab tak pernah lupa pimpin tangan aku mana aku pergi ,
Terima kasih sebab tak pernah marah aku walau aku selalu sakitkan hati kau ,
Terima kasih sebab tak pernah lupa ingatkan aku benda penting yang selalu aku lupa ,
Terima kasih sebab tak pernah penat lap air mata aku masa aku sedih ,
Terima kasih sebab tak pernah penat dengar cerita aku sebab aku memang kuat mengadu ,
Terima kasih sebab tak pernah muak nasihatkan aku , 
Terima kasih sebab tak pernah penat jaga aku ,
Terima kasih sebab sabar layan kerenah aku ,
Terima kasih sebab sudi jadi milik aku .

Aww . Romentik . Nak jugak macam ni =D .

Monday 12 March 2012

New Look .

ASSALAMUALAIKUM

Hai adik manis ! muehehe . Dah lama tak update ni . Tak tahu deh mau ngomong apa . Seperti biasa bila ada masa lapang aku akan godek-godek blog aku ni . Tekan sana , sini , situ . Lawa tak blog itew ? haha . Aku buat sendiri taw tapi dibantu oleh tutorial yang sangat berguna oleh Amalina . 3 hari 3 malam tak tidur . Penat sampai terseliuh tangan . Aku teruja gila nak update sebab blog aku dah lawa weii . Kau ado ? jangan marah . Ok lah aku nak sambung letak Nuffnang pulak . Gudnite . Kalau rajin follow taw . Bye .


Friday 17 February 2012

Warkah Berdarah .

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni tak ada apa nak buat jadi tergerak hati aku nak update . Bulan Februari sepatutnya best bagi couple-coulpe di luar sana kan ? kan ? Not for me . Gaduh , gaduh , gaduh . Macam babi . Ergh ! maaf . Carutan yang melampau . Gaduh ni paling tak best tapi aku memang suka cari gaduh dengan dia . Ini disebabkan cemburu yang melampau k . Aku ni gila sikit sebenarnya . Aku kalau cemburu mau aku hentak muka dia . Tapi bila dia dah mengalirkan air mata dia tu , mak ai aku punya rasa serba salah macam besar laut tuh . Aku yang pujuk ni pun nak nanges . Haih . Semalam kan aku tumbuk muka dia . Geram sangat sebab dia tinggalkan aku selama 45minit . Aku kira okay tiap minit . Di kesempatan aku dah update ni aku nak mohon maaf dekat dia . Nyesal! .

" Abang , ayang minta maaf ye sebab semalam marah-marah abang . Abang degil sangat . Benci ! hm , tapi sayang . Ayang tumbuk tak sakit kan ? Tumbukan kasih sayang tu abang . Jangan amik hati . Ayang janji la tak tumbuk lagi . Ayang buat lain la pulak . Tarik telinga ke , tarik rambut pulak ke kan . Kalau abang sayang , abang kena bagi jugak ayang buat . Tak bagi , tak sayang . Ha , abang jangan la bagi ayang cemburu . Tak suka ah ! Pastu jangan la nanges depan ayang . Nanges la dekat rumah . Tak de ah ayang join abang nanges sekali . Ayang sayang abang sangat-sangat-sangat-sangat . I love you for a thousand years sayang . "

Muahhhh!!

Tuesday 7 February 2012

Imma Malaysian Cool Blogger .

ASSALAMUALAIKUM


Hai ! aku lagi ni . Hehe . Kali ni senang je koje aku . Nak join Imma Malaysian Cool Blogger .
This beautiful sista sangat pemurah nak buat contest . Pemenang dipilih berdasar kan :

Blog yang cool
Blog yang tak serabut
Blog yang ringan gila 

Aku nak tag Wawa Ai , Farrah Muhammad dan Izzah Farhatun .








Monday 6 February 2012

Contest I Love My Bff .

ASSALAMUALAIKUM

Aku tengah bosan ni tahap babun malas cari kutu anak dia . Tadi aku terjumpa satu contest yang agak menarik perhatian aku . So , jom join !

Babun ni  senyum kerek plak .

 Contest I Love My Bff by Nadia . Tu la nama contest-nya . Macam best kan bunyi nya . Ni la gambar bff aku . I Love You Olls bebeh !


Dari kiri : Nana , Me(Anis) , Azrul , Sharil , Irfan , Acha , Qimie , Nadz and Aisa .

Gambar ni time aku form 3 . Lepas PMR gitu . Sebab tu muka berseri-seri je kan . Dorang ni kawan baik aku yang tak dapat aku cari ganti . Until I die . Ada lagi 2-3 orang . Tapi tak ada gambar . Maaf ye . So , sekarang aku nak story pasal dorang yang menceriakan hidup aku nih .

Nur Farhanah : Aku kawan dengan dia sejak form 3 . Sama-sama kena pindah kelas dulu . Dia ni kawan baik     aku yang baik hati a.k.a penasihat sosial dan a.k.a cikgu math aku separuh masa . Sekarang dah tak sama kelas . Dia kelas alim-alim .

Azrul Iskandar : Budak ni suka merepek . Hobi dia lah kot . Sejak form 4 & 5 ni terlebih-lebih pulak pandai dia . Kena sambar petir agaknya jadi terlebih pandai .

Sharil Faaeizun : Ha , ni sayang buah hati Nur Farhanah tu . Tersangat romentik . Dia pun baik hati macam sayang dia .

Irfan Badrul : Hehehe . Ha ! ni sayang aku pulak . Dulu dia kawan baik aku juga . Tak sangka boleh ter-couple pulak . So , dia lah kawan terbaik penah aku ada .Cayang abang !

Nurul Natasya : Ha yang si kecil molek ni aku panggil dia Acha . Nama manja gitu . Aktif sukan dia ni . Tak macam aku . Belum lari dah tersungkur . Err .

Shafieq Aqimie : Ha , yang ni boleh jadi model . Muahaha . Tinggi gila . Aku kena dongak nak pandang dia .           Maklum lah aku kan comel . Hehe . Dia dah pindah duduk asrama . Jarang jumpa . Btw , dia bakal jiran aku  di rumah baru . So t rajin-rajin lah hantar cekodok ye .

Nadzirah Hamdan : Ni budak suka buat hal dengan aku . Hee . Tak-tak . Dia banyak tolong aku ada lah . Kawan aku sejak form 1 lagi ni . Dah paham sangat perangai dia . Sangat rajin buat homework dan rajin jugak bagi aku yang malas ni tiru . Thanx Nad !

Siti Aisa : Ni makcik garang . Aku pun takot . Pandai jugak . Dia jenis tak kacau hidup orang lain punya . Dijamin lah .

#Saya Anis Syafiqah binti Zulkepli ingin menyatakan bahawa saya sayang awak-awak semua . Jangan lupa saya . Lagu ni khas untuk awak-awak semua S.A.H.A.B.A.T#

Sahabat Selamanya.