Friday 11 November 2011

TRAVIA : Fobia 1 .

ASSALAMUALAIKUM

Tadi masa bosan-bosan baca majalah ternampak satu article ni . Tajuk dia Fobia . Diperhatikan memang sesetengah kita ni ada penyakit fobia ni . Gua pun ada gak . Gua fobia dengan soalan mathematics #eh,ada ke? Haha gurau . Gua sebenarnya fobia dekat labah-labah atau dalam bahasa arabnya spider . Gua sanggup tahan tak buang air besar sebab gua tahu jamban dekat kampung gua tu mesti ada menatang ni . Gua seram beb . Boleh gugur limo holai rambut gua . Tapi apa boleh buat , tu je la haiwan peliharaan nenek gua . Gua nak belikan cicak tokek tak mampu . Ha , ni gua nak kongsi jenis-jenis fobia yang gua sempat cari . Lu orang baca dan pahamkan la . Mana tahu kan lu orang ada salah satu fobia tu ke . Cepat-cepat la berubat . Kalau tak lu pikir la sendiri .

Androphobia - Takut kepada lelaki. (nasib baik gua tak.)
Apotemnophobia - Takut kepada orang yang kudung.
Astraphobia or Astrapophobia - Takut akan guruh dan petir.
Athazagoraphobia - Takut dilupakan, tidak dipedulikan.
Arachnephobia atau Arachnophobia - Takut kepada labah-labah.(okayy,terasa ni.)
Bananaphobia - Takut dengan buah pisang.(hahaha.)
Buttonphobia - Takut dengan butang. (mesti tak penah pakai baju ada butang.)
Cathisophobia - Takut untuk duduk.(berdiri lah sampai lebam.)
Chrometophobia or Chrematophobia - Takut dengan duit.(baru gua tahu ada.hehe.)

Clinophobia - Takut untuk tidur.(ek ?)
Coprastasophobia - Takut untuk membuang air besar atau secara saintifiknya berak.(okay,yang ni lawak.haha.)
Cypridophobia or Cypriphobia - Takut dengan pelacur atau penyakit kelamin.
Didaskaleinophobia - Takut untuk pergi ke sekolah.
Dishabiliophobia - Takut untuk membuka baju di hadapan orang.(gua pun takut!)
Eurotophobia - Takut dengan organ seksual wanita.(hahaha.)
Geliophobia - Takut dengan ketawa.(okay,yang ni memang sedih.)
Geniophobia - Takut dengan dagu. (ada apa dengan dagu?).
Gerontophobia - Takut dengan orang tua dan menjadi tua.(kalau semua macam ni,memang tak ada yang tua beb!)
Hemophobia or Hemaphobia or Hematophobia - Takut dengan darah.
Ithyphallophobia - Takut dilihat, difikirkan oleh orang lain atau takut kemaluan menjadi tegang.(hahaha.)

Thursday 10 November 2011

11.11.11 ?

ASSALAMUALAIKUM


Okayy . Nampak tak , nampak tak tu 11.11.11 . Tak ada apa pun . Saja je . Kecoh betul lah dekat facebook pasal tarikh tu . Ada yang kata kiamat lah , dajjal keluar lah . Hei tah pape . Otak letak mana tah . Jangan la macam tu kawan . Boleh syirik tawu . Macam benda alah ni , yang sedang bermaharajalela di copy-paste di facebook .

"Korang Nak Tahu 11/11/11 tu tarikh apa kan ? 11/11/11 tu kan. nah baca. Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat... datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11.wallahua'lam"

Kepada anda-anda sekalian , jangan terlalu taksub dengan kepercayaan yang macam ni ye . Kita yang tak tahu apa-apa jangan main copy-paste je . Mana tahu ni strategi musuh-musuh Islam nak sesat kan orang-orang Islam kan ? Memang kita hidup dalam akhir zaman tapi jangan lah kita sesat kan diri kita sendiri . Dari sibuk-sibuk copy-paste benda tu kan , baik pergi masak habis kan daging-daging korban tu . Renung-renungkan dan selamat beramal .



Saturday 5 November 2011

Soalan Miss Strong .


Miss Strong tanya :

first of all, impian korang apa ? 
- Nak dapat A+ dalam semua subjek SPM nanti . Insyaallah .

ciri2 lelaki idaman korang ?
- Gua nak yang macam abang boypreng gua sekarang . Dah cukup . Dia tak tinggal solat , hormat hak-hak gua and family gua , duit mesti ada of course lah kan , penyayang , romentik , pandai ambil hati gua dan ....#eh,mana boleh lebih2. Cukup lah tu .

benda yang paling korang sayang ?
- Kalau benda yang hidup mesti lah family , abang boypreng dengan fellow friends gua . Kalau benda tak hidup gua sayang fone gua sebab tak ada fone nyawa2 ikan gua nak hidup beb .

binatang apa yang paling korang suka ?
- Gua tak penah suka binatang lagi .Gua suka abang boypreng sorang je .#ilopyou bebeh.

apa yang korang buat bila tengah bosan ?
- Gua akan cari pasal dengan abang boypreng , tidur , online pesebuk , makan , kira duit , tidur balik . 

apa yang korang buat utk release tension ?
- Gua mengadu dengan siapa2 yang ada dengan gua , selalunya abang boypreng jadi mangsa dan menangis puas2 sambil ketawa . Haha .

cita2 korang apa n nak sambung belajar kat mana ?
- Gua tak ada cita2 lagi . Tapi rasa2 nya nak kerja goverment je kot . Gua nak masuk Universiti Malaya lah sebab macam best je .

kalau korang ada 1 juta dalam tangan, korang nak buat apa ?
- Gua nak pergi buat facial . Gua nak bagi hilang jerawat , jeragat dan segala macam lagi yang boleh dihilang kan . Then , gua pergi shopping . Baki dia gua bagi ayah gua je sebab budak kecik macam gua tak boleh pegang duit banyak2 .

dalam banyak2 tempat dalam dunia nie, mana yang korang teringin nak pergi ?
- Mekah , DisneyLand , London , Sabah and Egypt . 

kalau korang diberi peluang utk pilih satu benda yang korang nak utk jadi kenyataan, apa yang korang nak ?
- Nak jadi kaya !

pesanan tok Miss Strong .
- Be strong ! and keep smile for your loved ones . 

fara  dah siap . ILOPYOU , .

Soalan Cik Wawa Ai .

ASSALAMUALAIKUM

Soalan ni semua Cik Wawa Ai tag tadi dekat facebook . Ni gua jawab dengan hati yang terbuka , jujur dan ikhlas .

1 . korang suka ke bf or gf korang kongkong korang ?
answer :  Suka lah sebab nanti baru gua rasa abang boypreng gua sayang gua .


2. suka binatang apa ?
answer : Gua rase gua suka abang boypreng gua je . Tak penah lagi gua suka binatang ni .


3. klu korang dapat wish something dan akan jadi realiti apa korang nak ?
answer : Gua nak masuk syurga lah .


4. suka tak perempuan yang gatal dengan bf korang ?
answer : Ada ke orang jawab suka untuk soalan ni ? kalau ada bawak jumpa gua . Gua nak bagi sup stoking . Mesti lah tak suka . Berani la kacau abang boypreng gua . 


5. suka tak lesbian or gay ?
answer : Haha . Geli kot . Minta-mintalah dijauh kan dari kaum-kaum pelik ni .


6. makanan apa paling busuk ?
answer : Ikan masin cap kaki nelayan . Benci ikan masin sangat-sangat .


7. bila free korang buat ape ?
Gua akan cari pasal  dengan abang boypreng sampai tertidur .


8. lebihkan family ke kawan-kawan ?
answer : Of course la family. Lepas tu baru abang boypreng dengan kawan-kawan .


9. kalau sayang gf or bf korang sila jawab ? hehe cakaplah ayat sweet-sweet sikit .
answer : Amboi . "Abang boypreng , kite sayang abang boypreng sangat-sangat . Abang boypreng jangan curang eh . Curang , kite benam-benam kan abang boypreng kat perigi belakang rumah . Ingat! . Muah! I Lop You".


10. suka tak bila bf suka melawak .
answer : Suka sebab abang boypreng gua je tawu nak ceria kan gua macam mana . Tapi kalau gua tengah "bendera merah",dia buat lawak yang tak kena dengan hati gua siap lah dia kena cium dengan cubitan gua .


11. melancong nk kat ngara mane ?
answer : Gua nak pergi DisneyLand . Gua nak suruh batman tu hantar gua balik Malaysia balik . 

SIAP DAH HOMEWORK CIK WAWA AI BAGI . FUH! BERPELUH-PELUH DAH NI . TATA .

Tuesday 1 November 2011

Alangkah Indah Nya .

ASSALAMUALAIKUM


Hari ni hari Selasa . Sebagai manusia yang normal kadang-kadang aku rasa bosan dan tension . Aku teringin nak bangun pagi terus main lari-lari tepi pantai , lepak bawah pokok kelapa sambil nyanyi lagu POKOK . Aku pun teringin juga bangun-bangun je ade bibik hantar berus gigi . Tapi aku bukan anak Rajagopal beb . Aku penat betul . Hari-hari bangun pergi sekolah . Pergi sekolah balik-balik jumpa orang yang sama , perangai yang sama , baju yang sama #eh,memang la kan? dan sewaktu dengan nya . Okayy lah mesti tak paham apa yang aku cuba sampai kan , kan ?
Sebenarnya macam ni , hari ni aku jawab paper Chemistry 1 & 2 . Memang entah hape-hape yang aku jawab . Dekat setahun aku belajar dalam form 4 ni , Chemistry ni memang aku tak tahu pun ape ke benda nya . Tu 1 benda yang buat aku tension gila bahabi . Second nya , tadi Cik Wawa Ai bagi tahu yang Add Math aku 10 je ! tu belum dibahagi lagi tu . Aku ngaku lah kan otak aku ni lembab sikit bila masuk nombor-nombor ni . Nampak nombor je , loading . Hari-hari lah macam tu . Tapi kalau bab duit , aku laju je . Hebat kan ? .
Jadi , alangkah indah nya kalau hidup aku ni tak dikelilingi nombor . Memang bahagia lah . 
Ok lah . Aku nak pergi tengok Cinta Elysa . Kbye :)
# aku bukan nama sebenar .