Saturday 17 March 2012

Ya Allah

ASSALAMUALAIKUM

Sekadar berkongsi . Malam-malam ni mood jiwang sikit kan .



  • Ya Allah…
  • Seandainya telah Engkau catatkan…
  • Dia milikku tercipta buatku…
  • Satukanlah hatinya dengan hatiku…
  • Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
  • Agar kemesraan itu abadi…
  • Ya Allah…
  • Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
  • Seringkanlah kami melayari hidup ini…
  • Ketepian yang sejahtera dan abadi…
  • Maka jodohkanlah kami…
  • Tetapi Ya Allah…
  • Seandainya telah Engkau takdirkan
  • Dia bukan milikku…
  • Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
  • Luputkanlah dia dari ingatanku…
  • Dan periharalah aku dari kekecewaan…
  • Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
  • Berikanlah aku kekuatan…
  • Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
  • Hilang bersama senja yang merah…
  • Agarku sentiasa tenang…
  • Walaupun tanpa bersama dengannya…
  • Ya Allah yang tercinta…
  • Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
  • Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
  • Adalah yang terbaik untukku…
  • Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
  • Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
  • Ya Allah…
  • Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
  • Di dunia dan akhirat…
  • Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
  • Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
  • Di dunia ini mahupun di akhirat…
  • Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
  • Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
  • Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
  • Ke jalan yang Engkau redhai…
  • Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
  • Ya Allah…
  • Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
  • Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
  • Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

0 omeiy cakap:

Post a Comment